widget

Soalan Lazim

MASALAH YANG BIASA DIHADAPI OLEH EJEN

Pelanggan tidak menerima Topup

Perkara ini biasa terjadi disebabkan kerana, kemungkinan pelanggan memberi nombor prepaid yang salah atau anda sendiri tersilap menaip nombor prepaid pelanggan yang hendak di topup itu. Sila pastikan dengan betul nombor yang hendak di topup sebelum anda menghantar SMS tersebut. Sekiranya anda tersilap menghantar nombor prepaid, orang lainlah yang akan menerima topup itu. Anda digalakkan untuk mencatit setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini dan sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda dan syarikat.

Topup lambat diterima oleh pelanggan

Perkara ini mungkin juga akan terjadi disebabkan pada masa-masa tertentu kemungkinan terlalu ramai orang yang sedang topup dan system rangkaian server Maxis dan Celcom terlalu sibuk mengendali dan memproses topup.

Perkara lain yang mungkin terjadi

SMS yang anda hantar tidak sampai ke server. Ini mungkin juga disebab ketika anda menghantar sms itu, tiada atau kurang liputan rangkaian. Ini juga disebabkan mungkin kerana kesibukan pengendali rangkaian yang sedang melakukan kerja-kerja maintain system rangkaian mereka. Masalah ini biasanya jarang berlaku. Setiap kali anda topup pelanggan, sila pastikan mesej yang dihantar itu betul-betul telah berjaya dihantar.(aktifkan delivery report) Sekiranya sms anda berjaya dihantar, bermakna pelanggan anda berjaya ditopup. Setelah pelanggan berjaya ditopup, anda akan menerima mesej pengesahan beserta makluman baki terkini dari server.

Topup pelanggan tidak masuk tetapi modal sudah dipotong

Sila pastikan pelanggan anda jujur. Selain itu ada juga, mungkin berlaku "sim hang". Pastikan anda menyarankan supaya hp pelaggan tadi di on/off terlebih dahulu bertujuan untuk restart sim dan pastikan nombor yang dimasukkan adalah benar sama seperti dalam sms request anda. Jika masalah masih berlaku boleh hubungi CARELINE dengan segera.

Sila Tambah Modal Awal Sebelum Stok Modal Kehabisan

Tambah Modal Cara 2 mengambil masa selewatnya 3 jam, jadi anda perlu menambah modal sebelum stok modal anda kehabisan bagi mengelakkan berlaku masalah tidak boleh topup.